Empowering plus-size women to feel and look their best since 2012.

Iklan Paling Teruk Untuk Menjual Baju Plus-Size



Yang selalu shopping di Instagram dan Facebook, mungkin dah terserempak dengan gambar ni: seorang wanita berdiri dlm satu belah kaki leggings untuk menunjukkan bahawa leggings tersebut boleh stretch sampai seorang dewasa pun boleh masuk. Apa??? Kaki I sebesar seorang manusia???

Pertama kali saya nampak gambar tu, saya terus menghantar 'screenshot' kepada rakan-rakan sekerja di office Mis Claire sambil bertanyakan pendapat. Sebagai customer plus size yang hendak beli leggings, adakah iklan/gambar sebegini membuatkan anda terasa?

Salah seorang model kita berkata bahawa memang tak sensitif langsung menggunakan cara ini untuk menjual baju plus size. Seorang lagi kata, dah biasa dah tengok. Saya rasa penjual ini tidak memahami langsung mengenai plus size body types. 


Hari ni, sy terserempak pula dengan artikel Mat Salleh... Huffpost UK... England gitew... "Plus Size Designer Responds To 'Insulting' Shorts Advert"Dia berkata bahawa, penjual tidak patut menjual pakaian dengan cara memalukan customer. Dia juga berpendapat bahawa penjual boleh la menggunakan model kecil untuk baju kecil, tapi tak payahlah memasukkan model kecil dlm satu kaki seluar plus size. Guna la model plus size... ramai je yang cantik dan lawa boleh menjual produk u.

Tu sebabnya di Mis Claire, kita memberi 100% effort untuk menghasilkan gambar yang tulen dan cantik menggunakan model2 yang betul2 fit dengan baju kita... kita tidak pin atau menukarkan apa2 dlm gambar. Disebabkan kita faham masalah customer plus size, kita hormati bahawa kita semua ada hak sebagai pembeli... kalau nak senang dan murah, boleh je copy paste apa2 gambar.

Cuba tengok IG kita @plussize_misclaire cantik-cantik je wanita plus size... yang penting baju kita fit... takyah nak sumbat2 orang dlm lengan pun :)





No comments