Empowering plus-size women to feel and look their best since 2012.

LOOKBOOK: Koleksi 'Minimalist' Raya 2017


Inilah siri pertama dari Koleksi Raya 2017 Mis Claire Plus Size, iaitu Koleksi Minimalist. Kami mengunjung ke sebuah homestay yang agak hipster (tapi best) dan sungguh cantik di Jugra, Malaysia untuk membuat pengambaran untuk koleksi ini - dipersilakan untuk mencuci mata ye!

Terdapat 4 rekabentuk top dalam Koleksi Minimalist ini - dan kainnya yang dinamakan Suraya boleh dipadankan dengan semua top. Tanpa berlengah-lengah, izinkan saya berkongsi gambar dari photoshoot kita.


Kurung Moden Stail yang dinamakan Douha mengayakan lengan bell-sleeves. Walaupun rekaan berunsur minimalistik, set kurung ini tetap tampil moden dengan gaya yang diinspirasikan oleh Neelofa.






Rufah pula merupakan Kurung Moden Renda yang nampak mewah dengan rendan berjurai.




Stail kurung Fouzia pula merupakan kurung moden yang bajunya merupakan peplum bersilang. Best kalau selepas Raya pun boleh dipakaikan berasingan sebagai blouse tak kira untuk ke pejabat atau berjalan-jalan.





Walaupun Kamla kebaya kita dah banyak yang kehabisan stok, kita nak juga tunjukkan gambar yang kita ambil masa photoshoot tu.




Cantik tak baju-baju koleksi ni? Mis Claire pasti akan mengeluarkan beberapa lagi koleksi untuk Raya 2017, jadi kalau berminat bolehlah tengok website kita, atau ikut semua media sosial kita - links ada pada laman utama blog kita. 

Untuk versi Bahasa Inggeris - sila klik di sini. xoxo

No comments